i love u

i love u

Tuesday, August 25, 2015

Macam mana nak g Metah ek?

Assalamualaikum wtb

Ini entry serius...Entry tak bergambar. Tak menarik langsung. Kalau aku, memg tak baca da update ni sbb takde gambar. Sbb aku lebih suke entry bergambar. 
 Macam mana nak datang Metah, Kapit, Sarawak ni. Maksud akak ke sekolah nilah.



Kalau dari semananjung mcm-mcm mane pon akan duk di Sibu dulu lepas sampai dari airport tu.
 Lepas sampai kat airport tu, kata je kat driver taxi tu nak g jeti kapit. 
Dia tak hantar tempat lain punya.
 Kat situ beli tiket untuk ke kapit. 
Banyak pilihan, dari seawal jam 5 pagi da ada org jual. 
Beli ikut nak.
 Tiket dari harga RM25 hingga RM35. 
Ikut lah kemampuan n keselesaan anda. 
Bijak memilih! Tetiba je... 
Nak pesan ckit, ada bot yg sejuk gila klau tiket RM35 tu. 
Mcm duk obese. mengigil2 akak.. 
Tapi kalau org da biasa sejuk. Tak lah rase sejuk sgt kot.


Sampai di kapit, kalau taktahu juga g tanya lah org, kata nak g sungai metah, metah ke. 
Org thu. Nanti org akan tnjuk satu agi jeti, dekat je.
 Tak sampai pon 10 minit jalan.
 Kat situ ada org jual tiket. 
Sekarang ada dua trip je ekspress ke sekolah, pkul 9.30 pagi ngan pkul 11.00 pagi.
 Pilih mana nak.
 Nanti bgthu je org yg jual tu nk g metah, dia tunjuk lah tu. 
Barang byk? jgn risau, upah je org angkat. 
Pemuda-pemuda n kakeh-kakeh bawak kain merah tu adalah pengangkat barg. jd upah lah.. 
Nanti akn smpai terus ke sekolah, jgn risau ye..



Airport - Jeti Kapit 
Jeti Kapit - Kapit
Kapit - Jeti Metah
Jeti Metah - Sekolah terus




Pastu nk keluar semula dari sekolah tu, takboleh cerita dalam ni. 
Sebab kalau cerita korg tahu, jadi tak bersembang lah ngn kami di sekolah nanti. 
Ni buat point untuk menyembang nanti. 
Ada topik ckit kan. hahahahahahaha... 
Tanya akak-akak n abg-abg sado kat metah nanti. hahahahaha... 
krik krik krik


k bai

p/s #gadispedalaman
p/s/s #bestdipedalaman



Merentas Desa Tebing Sungai RUmah Panjang Metah

Assalamualaikum wtb


Tajuk tu sengaja bagi panjang. nk pendek sikit kite guna MDTSRPJ .
Sapa kat kt pedalaman kita tak buat aktiviti macam kat tempat n sekolah-sekolah bandar dan luar bandar yang lain? Tidak bagi sekolah MEtah k. Semua kitowg buat. Walaupon takde desa nak diredah, takde kampung nak dimasuki, Takde laluan bertar. Kami tak kisah, kami tetap menjalnkannya bersma-sama tenaga yng ada n anak-anak yg begitu bekerjasama ini. Kadang-kadang takpernah terpikir yang kt dalam camni pon boleh dibuat. 



Laluan dibuat dari rumah panjang, padang, tebing sungai dan laluan di sekitar sekolah. Mereka tetapi merasai apa itu merentas desa. Banyak lagi benda yang mereka akan laksanakan disini biar pon berkilometer dari bandar. Aku malas nak taip pnjg-pnjg.. jom layan gambar jelah.. =)

#jomkepedalaman






























































































begitulah ceritanya... 


k bai


p/s #jomkepedalaman
p/s/s #takkangentar
p/s/s/s #gadismisterioranglainpunya

Aktiviti Metah

Assalamualaikum wtb

Bagi sapa yang tak tahu lagi, NAMA TEMPAT METAH ni WUJUD! aku duk cerita-cerita ni, Metah tu nama tempat lah oiii, bukan nama kuih ke, nama org ke, nama mainan ke.. Ishlah, yg duk bertanya tu lihat post sebelum ni, aku tak pandai nak link-link balik sebab da berabad lama aku tak updte blog, kurg ilmu da kalau tak maen lama-lama ni. 
Nt try google, Taip metah, Kapit, Sarawak, Malaysia. Kadang-kadang tak naek pon nama tu, tpi naik nama tempat yang hampir-hampir da dengan Metah ni, kiranya kampung ni tepi tebing sungai.. so, sapa datang sini berapa kali da nak ckp, jgn risau, jgn takut, jgn gelabah, rilex...chill saja... sebab senang dan mudah saja utk masuk ke kawasan ini.. krik..krik.. krik..


Kat metah banyak benda boleh dibuat sebenarnya. tpi takde org nak ajak aku buat sbb aku lembik brg kali. tu xnk ajak tu. tpi aku nak ikt je mne diowg pegi.hahaha.. membujang dlu kan... da ada anak n suami payah da... hahaha... 


ni kalau duk cni secara automatik nya akan jadi seorg budak yang pandai bermain segala-gala hal.. Tapi atas kite juga, kalau nak duk saje2 pon boleh, g kije, blik dk rumah. esok g kije balik..hehehe.. boleh jgk gitu. Atas masing-masing lahkan.. hehehe


Ni aktiviti di metah . 
Contoh2... main jengkit-jengkit, maen bola sepak kaki ayam, main futsal di padang yang luas sgt, main bola tampar di gelanggang seni, badminton di gelanganggangagang, batu seremban ipoh mali dan sebagainya. semua ni aku da buat... byk ag nk buat tapi xtahu nk buat apa.. hak wajib petang2 selpiaaqqqqq ler....hahaaha





































so, sila datang ke metah tanpa segan silu dan berfikiran terbuka. Semua ada di Metah dengan kewujudan kita sendiri. Positif sgt akak.. hahaha... Kalau byk typo tu biasa lah, akak mmg tak check da kalau tulis. 
Ni baru sikit gmbr sebab lmbt nk uplod, akak malas nk tnggu da.. Nt update lagi.... layannnn...

k bai

Baik macam Baik-Baik.

Assalamualaikum wtb





Dimana bumi dpijak, disitu langit dijunjung...
Start dgn benda ilmiah sgt aku ni. tapi apa aku kisah, bukan org baca pon. 

Sesi luahan ckit. utk peringatan diri sendri!

Manusia kan, macam-macam boleh jadi. pisau boleh, air boleh, ombak boleh, semua boleh...
Rase krik2 sekrg. tu jadi gini tu.. Arrrgghhhhhhhhhh.......
 Air ni ada pasang surutnya. macam kita manusia juga, kejap ok, kejap tak ok. kejap talam dua muke, kejap buat-buat baik. kejap macam apa ko buat kan. Belakang taktahu lah cerita apa. Alaaaaaaaa.. macam kite baik macam malaikat kan? Mahkamah dunia, ko lah hakim, ko lah pesalah, ko lah saksi. Semua nya manusia bertopengkan wajah semata-mata. Kalau baik, taklah duk cakap situ sini kan. aku tak kata sapa-sapa, kadang-kadang aku pon bercakap, dah lumrah manusia. Tapi takde lah nak menjatuhkan org.  itu tak kena, ini tak kena. Semua di mata kita tak kene. Ini secra umum lah aku gtau. Sebab takde sapa aku nk citer, citer kat org kan bukan faham maksud aku. Aku cakap org faham lain. Full stop aisyah! Lagi panjang aku tulis lagi mengarut. Semua org ada hak masing-masing aisyah oi... ok daaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


k
bye